Search

PAKEJ KORBAN SERENDAH RM350


Agihan daging korban bersama GPM

Global Peace Mission (GPM), Malaysia adalah sebuah badan bukan kerajaan yang bermatlamatkan pada misi kemanusiaan merentas sempadan. Salah satu misi kemanusiaan yang menjadi rutin pada setiap tahun adalah misi korban. GPM telah melaksanakan misi korban bermula dari tahun 2001 lagi pada setiap 11, 12 dan 13 Zulhijah.


21 BUAH NEGARA YANG MENERIMA MANFAAT


GPM telah melaksanakan misi dan ibadah korban ini lebih kurang 18 tahun. Bantuan korban ini telah berjaya dilaksanakan di 21 buah negara yang meliputi benua Afrika, Asia dan Timur Tengah. Negara negara yang menerima manfaat dalam ibadah korban ini ialah Bosnia, Somalia, Yaman, Palestin, Thailand, Syria, Sudan, Nigeria, Uganda, Kenya, Kemboja, Zanzibar, Sri Lanka, Vietnam, Bangladesh, Malaysia, Filipina, Afghanistan, Indonesia, Turki dan Yaman. Kesemua negara ini dipilih berdasarkan kapasiti dan taraf hidup yang daif.


Sasaran yang dianggarkan oleh pihak GPM pada ibadah korban kali ini ialah sebanyak RM874,350 tidak termasuk sumbangan umum dan lain lain. Manfaat daripada ibadah korban yang dilaksanakan di luar negara ini dapat membantu para muhajirin dan rakyat miskin di negara tersebut. Agihan daging korban dibahagi sama rata kepada semua muhajirin yang memerlukan. Penduduk setempat dapat menikmati agihan daging dengan sama rata. Ibadah yang dilaksanakan di negara negara tersebut sekurang kurangnya mampu memberi sinar dan membantu mereka terutama sekali mereka yang kurang berkemampuan. Di samping dapat melaksanakan ibadah korban, para dermawan dapat membantu golongan yang tertindas. Setiap korban yang disampaikan, hasilnya dapat memberi impak yang besar kepada beratus ratus orang di sesebuah tempat yang melaksanakan misi dan ibadah korban tersebut.


Binatang sembelihan korban


MANFAAT YANG DIPEROLEHI


Terdapat beberapa manfaat yang akan diperolehi oleh para dermawan jika mereka melaksanakan ibadah korban bersama GPM. Salah satunya, para dermawan sumbangan korban akan mendapat gambar haiwan ternakan korban dari pihak GPM sebagai tanda selesai melaksanakan amanah ibadah korban pihak dermawan. Selain memperolehi gambar ternakan ibadah korban, setiap penyertaan ibadah korban akan mendapat sijil rasmi korban yang diberi oleh pihak GPM dalam masa 30 hari.


Para dermawan ibadah korban juga berpeluang untuk melihat sendiri proses sembelihan dan merasai pengalaman ibadah korban bersama tim GPM yang dilaksanakan di luar negara seperti negara Kemboja, Vietnam dan Filipina mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. GPM tidak hanya fokus sumbangan dalam ibadah korban sahaja malah para dermawan juga berpeluang untuk melakukan sumbangan umum yang merangkumi perubatan, pendidikan dan bekalan air bersih bagi golongan yang memerlukan. Disamping itu, para dermawan juga boleh membuat sedekah korban bagi negara negara yang terlibat. Setiap sumbangan yang disalurkan mampu memberi impak yang positif.


Ibadah korban adalah sunat muakkad bagi mereka yang berkemampuan. Dalil mengenai ibadah korban ada menyatakan bahawa sembelihan korban adalah sebagai tanda bersyukur terhadap rezeki yang diperolehi. Banyak fadilat yang diperolehi hasil daripada ibdah korban ini antaranya dapat menambah amal ibadah, melahirkan rasa bersyukur dan sebagai penghapus dosa.


Justeru, pihak GPM sangat mengalu-alukan penyertaan korban dan sumbangan dari rakyat Malaysia untuk sama-sama menjayakan kempen #KorbanforTheNeedy ini dan meraikan para muhajirin dan rakyat miskin yang serba kekurangan sempena Hari Raya Korban yang bakal tiba nanti.


Bagi mereka yang berhasrat untuk menyumbang atau menyertai korban di luar negara bersama GPM, anda bolehlah menghubungi pejabat urusan Global Peace Mission di talian 03-41443441 ataupun Whatsapp ke nombor 011-37312236 (Nasaruddin). Anda juga boleh layari laman sesawang https://www.gpm.com.my/kftn.


#korban #luarnegara #lembu #kambing


"Misi Kemanusiaan Merentas Sempadan"


"Satu Korban, Beribu Keberkatan"


Salam Kemanusiaan,

Nuraqilah Binti A Rahman

Aktivis Kemanusiaan Global Peace Mission (GPM).

42 views
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now