Search

MUSIM SEJUK TIBA, KELUARGA-KELUARGA MISKIN DI GAZA MENDERITA LAGI …

Updated: Oct 8, 2019


Musim sejuk di Gaza, Palestin

Alangkah bahagianya apabila kita berpeluang merasai nikmat suasana pada musim sejuk yang hanya datang empat kali dalam setahun bukan? Namun, ianya berat untuk rakyat Gaza, Palestin menghadapi musim sejuk dek kerana mereka kekurangan sumber dan bekalan asas harian yang mencukupi. Setiap hari mereka terutamanya pada waktu malam di kem-kem kelihatan agak suram dan gelita dalam situasi tanpa bekalan air dan elektrik dalam khemah pelarian yang didiami. Bagi mereka, berdepan dengan suhu sejuk mencecah negatif menjadi cabaran besar buat rakyat Gaza saat musim sejuk tiba.


Keluarga Gaza ini berkumpul dihadapan unggun api kerana terlalu sejuk ...

Anda pasti terkejut jika melihat khemah-khemah yang menjadi tempat tinggal saudara-saudara kita di Gaza. Mereka di sini hanya mendiami khemah binaan kanvas atas tanah. Tambahan lagi, tempat tidur mereka hanya beralaskan kain-kain lusuh yang semakin menipis. Situasi ini benar-benar daif dan merentun jiwa jika kita meletak diri kita sendiri dalam situasi seperti ini. Tidak dinafikan, kita bakal membeku kesejukan dan mungkin berhadapan dengan maut dibaluti ais.


Musim sejuk di Palestin amat menyakitkan. Tambahan pula, peluang pekerjaan di musim sejuk amat tidak menggalakkan di sebabkan faktor iklimnya yang memudaratkan. Setiap hari mereka memerlukan api untuk menghangatkan badan hingga terpaksa membakar plastik demi meneruskan nyalaan api. Hakikatnya, pembakaran plastik ini dapat menghasilkan bahan kimia yang membahayakan kesihatan dan jika manusia menyedut udara yang bercampur bahan-bahan kimia tersebut secara berlebihan boleh terjadinya kenser dan mengundang kematian.


Temubual bersama rakyat Palestin

Menurut sumber TRT World, seorang penduduk tetap Gaza, Palestin yang telah ditemu bual telah menceritakan keadaan sebenar kehidupan harian yang mereka jalani sepanjang musim sejuk.


“Kehidupan di Musim Salji hampir membunuh kami , apatah lagi golongan kanak-kanak yang terpaksa menahan kesejukan.” – Muhammad Abu Nimer (Penduduk Gaza).


Musim sejuk di Gaza sangat memberi kesan kepada kehidupan mereka terutamanya kepada kanak-kanak dan yang amat menduka citakan kepada. Tak dapat dibayangkan keadaan bayi-bayi yang menangis menggigil kesejukan. Dan, yang pastinya mereka turut kelaparan. Namun, bukan bayi sahaja menahan perit rasa lapar, bahkan setiap keluarga di Gaza. Malangnya, peluang pekerjaan di musim sejuk amat tidak menggalakkan di sebabkan faktor iklimnya yang memudaratkan. Justeru itu, mereka tiada wang untuk menampung segala keperluan harian termasuk untuk membeli bahan-bahan untuk dimasak dan bahan bakar untuk memanaskan badan.


Abu Nimer dan keluarga telah usahakan yang terbaik untuk bertahan hidup dalam dalam kepahitan menghadapi musim sejuk. Penderitaan ini telah mereka rasakan sejak bumi Gaza dikawal oleh tentera Hamas 10 tahun lalu.


“Menghidupkan api di musim sejuk memakan kos yang tinggi. Musim sejuk membunuh kami dengan kesejukkan. Kehidupan seperti ini boleh membunuh kami. Bagaimana untuk kami memanaskan badan? Sedangkan membeli lilin pun kami tak mampu.” Tambah Abu Nimer lagi.


Tidur anak-anak Gaza dalam kesejukan dan kelaparan ...

Dermawan yang disayangi Allah, adakah anda punya niat untuk membantu saudara-saudara kita di Gaza saat mereka menghadapi kesulitan musim sejuk.


“Apabila anak Adam (manusia) meninggal dunia, maka terputuslah semua (pahala) amal perbuatannya kecuali tiga macam perbuatan, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya “(Hadis Riwayat Muslim).


Konflik di Gaza yang belum kesudahan. Sesungguhnya, kita yang tinggal di negara Malaysia yang aman damai harus kekalkan niat murni bagi membantu saudara-saudara kita yang memerlukan.


GPM Turut Membantu Gaza

Ayuh, hulurkan sumbangan anda demi membantu saudara-saudara kita di Gaza yang serba kekurangan melalui link berikut: http://www.billplz.com/winteraid4theneedy

Atau, depositkan sumbangan anda ke akaun GLOBAL PEACE MISSION seperti nombor akaun yang tertera di bawah:


MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602

BANK ISLAM: 1402-30100-29224

AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871

CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13


Bantu kami sebarkan artikel ini sama-sama ya!


SALAM BAHAGIA DARI KAMI,

Tim Hangat dengan Kasih Sayang

Untuk ‘MEREKA’. - Global Peace Mission


#GlobalPeaceMission

#Winter4TheeNeedy

#MerekaKesejukan

#MusimSejuk

0 views
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now