Search

KORBAN FOR THE NEEDY (KFTN) 2019, MENJELAJAH KE 21 BUAH NEGARA

Updated: Jul 10, 2019


Korban For The Needy 2019

Korban for The Needy (KFTN) merupakan salah satu misi atau bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh Global Peace Mission (GPM) pada setiap tahun iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijah sempena Hari Raya Aidiladha bermula seawal tahun 2001. Bantuan KFTN ini telah disalurkan kepada lebih kurang dua puluh satu buah negara termasuklah negara di benua Afrika dan Timur Tengah. 21 negara yang terlibat dalam kempen ini termasuklah Somalia, Yaman, Palestin, Bosnia, Thailand, Nigeria dan lain-lain lagi. Motif utama GPM dalam melaksanakan bantuan ini adalah untuk menyalurkan sumbangan kepada rakyat miskin dan para pelarian yang memerlukan.


PAKEJ KORBAN GPM


Pihak GPM telah menawarkan beberapa pakej korban kepada para dermawan yang ingin melaksanakan ibadah korban sambil beramal dan membantu saudara-saudara seakidah kita yang memerlukan. Antaranya ialah Pakej A. Pakej A merupakan pakej paling minimum berharga RM 350 bagi sebahagian lembu dan kambing. Negara yang difokuskan dalam pakej ini ialah Sudan, Kemboja, Sri Lanka, Zanzibar, Uganda, Somalia dan Kenya. Hanya negara Uganda, Somalia dan Kenya yang melibatkan korban lembu dan kambing manakala negara selebihnya hanya diperuntukkan korban lembu sahaja.


Pakej B pula berharga RM 450 bagi sebahagian ternakan korban lembu dan kambing dimana pakej ini mensasarkan negara Bangladesh, Burma, Filipina, Vietnam dan Nigeria. Negara yang diperuntukkan di Pakej C ialah Indonesia, Afghanistan, Thailand, Malaysia dan Bosnia. Dalam Pakej C ini hanya kambing sahaja yang ditawarkan untuk korban di Bosnia. Harga yang ditetapkan di pakej C ini adalah sebanyak RM 700 untuk sebahagian lembu dan seekor kambing. Bagi pakej D, harga yang ditetapkan untuk seekor kambing ialah RM 1000. Negara yang terlibat ialah negara Syria, Turki dan Yaman. Pakej yang terakhir ialah pakej D dimana pakej ini hanya melibatkan negara Palestin sahaja dan harga yang tetapkan untuk pakej ini ialah sebanyak RM 1600 untuk sebahagian lembu. Berdasarkan pakej yang ditawarkan, para dermawan boleh memilih pakej korban mengikut kehendak masing masing.


KEISTIMEWAAN MENYERTAI IBADAH KORBAN MELALUI GPM


Terdapat beberapa manfaat yang akan diperolehi oleh para dermawan jika mereka melaksanakan ibadah korban bersama GPM. Salah satunya, para dermawan sumbangan korban akan mendapat gambar haiwan ternakan korban dari pihak GPM sebagai tanda selesai melaksanakan amanah ibadah korban pihak dermawan. Selain memperolehi gambar ternakan ibadah korban, setiap penyertaan ibadah korban akan mendapat sijil rasmi korban yang diberi oleh pihak GPM dalam masa 30 hari.


Para dermawan yang menyertai ibadah korban bersama GPM turut berpeluang untuk melihat sendiri proses sembelihan dan merasai pengalaman ibadah korban bersama tim GPM yang dilaksanakan di luar negara seperti negara Kemboja dan Filipina mengikut terma dan syarat yang ditetapkan. GPM tidak hanya fokus sumbangan dalam ibadah korban sahaja malah para dermawan juga berpeluang untuk melakukan sumbangan umum yang merangkumi perubatan, pendidikan dan bekalan air bersih bagi golongan yang memerlukan. Setiap sumbangan yang disalurkan mampu memberi impak yang positif.


JOM DAFTAR KORBAN!


Ibadah korban merupakan salah satu ibadah yang amat digalakkan untuk dilaksanakan terutama sekali bagi mereka yang mampu menepati syarat syarat berkorban bersesuaian dengan hukum berkorban itu sendiri, sunat muakkad. Ibadah korban merupakan salah satu ibadah yang agung dan ganjaran yang besar diberi kepada mereka yang melaksanakannya. Selain dapat melaksanakan ibadah korban bagi diri sendiri, kita juga mampu membantu golongan yang memerlukan hasil daripada sembelihan tersebut.


Untuk pendaftaran penyertaan #KORBAN4THENEEDY2019, klik link di bawah:

https://www.gpm.com.my/kftn



#Korban #Akikah #Lembu #Kambing



"Misi Kemanusiaan Merentas Sempadan"


"Satu Korban, Beribu Keberkatan"


Salam Kemanusiaan,

Nuraqilah Binti A Rahman

Aktivis Kemanusiaan Global Peace Mission (GPM).



62 views
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now