Search

GPM SOKONG KRITIKAN TUN DR MAHATHIR TERHADAP ISRAEL PUNCA UTAMA KETIDAKSTABILAN DUNIA


KUALA LUMPUR, 3 Mei 2019 — Global Peace Mission (GPM) Malaysia menyokong kenyataan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengkritik Israel sebagai negara pengganas dan menjadi punca utama terhadap ketidakstabilan dunia.



Menerusi ucapan beliau yang bertajuk “Dalam Mencari Order Dunia yang Lebih Baik dan Stabil” di Persidangan Belia Al-Sharq 2019 memberi amanat kepada golongan belia, di mana majoriti peserta adalah dari negara-negara Timur Tengah, pemimpin berusia 93 tahun itu menegaskan bahawa masanya telah tiba bagi masyarakat antarabangsa untuk bersatu dan mengakhiri penjajahan Israel terhadap Palestin.



“Apartheid, pembunuhan beramai-ramai, jenayah terhadap kemanusiaan, jenayah pencerobohan dan semua kejahatan terhadap orang lain kini terpalit pada Palestin – hasil perbuatan negara yang ganas, sombong, dan teroris yang digelar Israel.


“Sehingga dan sekiranya masyarakat antarabangsa komited untuk mencari penyelesaian bagi menamatkan penjajahan Israel terhadap bumi Palestin, rantau itu dan dunia keseluruhannya tidak berpeluang menikmati keamanan dan kestabilan,” katanya dalam ucaptama sebelum merasmikan persidangan itu yang pertama kali diadakan di negara ini.


Ucapan berani beliau itu menerima tepukan gemuruh daripada lebih 1,000 orang peserta persidangan.

Menggambarkan Palestin sebagai inti daripada semua tragedi, beliau berkata dunia kini tidak stabil dan kelihatan seperti itu dalam masa terdekat ini.


“Negara-negara seperti Syria, Libya dan Yaman hari ini memaparkan imej tragedi manusia sementara seluruh dunia menonton tanpa upaya untuk membantu.

“Kesengsaraan mereka bukannya berpunca daripada perselisihan dalaman tetapi campur tangan dan campur tangan dari kuasa luaran yang jelasnya melakukannya untuk kepentingan diri sendiri, menyamar di bawah kerudung demokrasi dan hak asasi manusia,” katanya.


Untuk makluman, pihak GPM juga ada menghantar wakil ke Gaza, iaitu sukarelawan Mohamed Muaz bin Mohamed Ruslan menerusi Projek “Miles of Smiles Convoy To Gaza Strip”. Antara objektif projek tersebut ialah mencuba memecahkan pengepungan yang dikenakan ke atas Jalur Gaza, menyediakan bantuan perubatan dan bekalan ubat ubatan yang diperlukan dan mengurangkan perjuangan kehidupan harian penduduk Gaza dari terus terancam.

21 views
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now