Search

GPM SELAR KEJADIAN TEMBAKAN DI MASJID CHRISTCHURCH, NEW ZEALAND

Hapuskan dan JANGAN SEBAR Video Insiden Tembakan.

.

.

GPM SELAR KEJADIAN TEMBAKAN DI MASJID CHRISTCHURCH, NEW ZEALAND

.

.

Global Peace Mission (GPM) Malaysia menyelar insiden tembakan yang dituju kepada Jemaah di Masjid AlNoor dan Masjid Linwood yang terletak di Christchurch, New Zealand dilaporkan telah membunuh 40 orang dan mencederakan 20 orang pada ketika ini termasuk dua orang daripadanya adalah rakyat Malaysia seperti yang dilaporkan kenyataan media oleh Kementerian Luar Negeri, Malaysia.


.

Kejadian yang berlaku ketika umat Islam di sana sedang bersiap untuk menunaikan Solat Jumaat itu disifatkan sebagai serangan pengganas dan ini diakui sendiri oleh Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern yang turut menolak serta mengutuk tindakan yang sedemikian.

.

GPM menolak dan mengutuk sebarang tindakan keganasan seperti ini dan menyeru semua untuk bersederhana dalam setiap perkara yang hendak dilakukan bagi mengekalkan keamanan sejagat dan mengelak dari terlibat dengan sebarang bentuk aktiviti keganasan yang tidak mengenal erti kemanusiaan.

.

Kehilangan dan kematian akibat tindakan keganasan sebegini memberikan impak yang amat besar terutama kepada keluarga mangsa terutama dari sudut psikologi dan ia memerlukan bantuan dan juga sokongan yang kuat bagi memulihkannya. Di samping itu ianya juga turut menggugat keharmonian masyarakat di mana kepercayaan dan juga jaminan keselamatan kini dilihat semakin terhakis dan akhirnya akan membawa kepada kesan yang lebih buruk.

.

Doa dan ingatan GPM buat mangsa yang terlibat dan GPM menyeru agar rakyat Malaysia tidak menyebarkan video serangan tersebut bagi menjaga sensitiviti serta maruah mereka yang menjadi mangsa.

.

#SayNoToExtrimist #SayNoToViolence

.

Ahmad Fahmi Mohd Samsudin

Ketua Pegawai Eksekutif

Global Peace Mission (GPM) Malaysia

Misi Keamanan Sejagat & Rahmatan lil ‘alamin


30 views
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now