Search

GPM KECEWA MEMORANDUM UIGHUR DITOLAK

NGO ISLAM GESA KERAJAAN CHINA MEMBEBASKAN UIGHUR


Kuala Lumpur: 5 Julai 2019, Global Peace Mission Malaysia (GPM) dan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama-sama 33 NGO Islam yang lain berkumpul di hadapan Pejabat Kedutaan China untuk mengadakan bantahan di luar Kedutaan Republik Rakyat China di Kuala Lumpur Jumaat lalu bagi menggesa kerajaan China membebaskan semua tahanan Uighur yang ditahan di kem tahanan (concentration camp) di Xinjiang.


Bantahan itu diadakan sempena tahun ke-10 pembunuhan beramai-ramai di Urumqi di wilayah Xianjiang pada 5 Julai 2009. Dengan memegang kain rentang dan sepanduk, mereka melaungkan "Bebas Uighur" dan "Peduli Uighur" di bawah panas terik matahari pada jam 2.30 petang hari ini. Tiga wakil daripada kumpulan itu berjalan ke arah bangunan kedutaan dan mengetuk pintu. Bagaimanapun, tidak ada wakil dari kedutaan berkenaan keluar untuk menerima memorandum yang disokong oleh 34 NGO Islam itu.


MEMORENDUM DITOLAK




"Kerajaan lain walaupun mereka itu dikirakan sebagai sebuah kuasa, (tetapi) masih sekurang-kurangnya menerima memo yang dihantar," kata Presiden Abim, Mohd Raimi.

Kedutaan China menolaknya dengan alasan mereka sudah membawa jabatan kerajaan Malaysia dan NGO melawat Xinjiang untuk melihat keadaan di sana.


Menurut Presiden Abim lagi, Mohamad Raimi Abdul Rahim berkata mereka akan menggerakkan lebih ramai lagi penunjuk perasaan jika China terus berdegil.

Memorandum tersebut mengandungi beberapa tuntutan termasuk menuntut Beijing membebaskan lebih 1 juta etnik Uighur yang dilapor ditahan di kem-kem penahanan di Xinjiang.


Mereka juga mahu Beijing memberi jaminan etnik Uighur yang pulang ke kampung halaman di Xinjiang tidak ditangkap dan ditahan di kem-kem tersebut.


“Kita akan lakukan sehingga keadilan terbela,” kata Encik Raimi.


Sementara itu, Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata mereka memohon untuk menyerahkan memorandum kepada Kedutaan China 3 hari lalu.


Sebelum ini, catatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa di Facebook mengundang kecaman orang ramai selepas beliau didapati menggunakan istilah “pusat latihan dan vokasional” bagi kem tahanan yang menempatkan ribuan orang Islam yang mengkritik dasar China di Xinjiang, dalam lawatannya ke wilayah itu baru-baru ini.


MENGUNGKAP KEBENARAN TENTANG DERITA UIGHUR




Tidak lama selepas itu, Amnesty International Malaysia menegur Mujahid mengenai “pusat latihan dan vokasional” tersebut, mengatakan mereka tahu secara langsung kem-kem tersebut memaksa Uighur dan kaum berketurunan Turki lain meninggalkan agama mereka.


“Di kem-kem itu, mereka dikenakan indoktrinasi politik, dipaksa meninggalkan agama, dianiaya, dan dalam beberapa kes, didera,” kata Pengarah Eksekutif Shamini Darshni Kaliemuthu.


Majoriti orang Uighur dan kaum berketurunan Turki di China beragama Islam.

Badan hak asasi sekian lama menuduh China bertindak keras terhadap penentangan di Xinjiang dengan alasan melawan ekstremisme umat Islam.


Beijing pernah menafikan pendedahan kem tahanan itu, tetapi kemudian berkata ia adalah “pusat vokasional” untuk “menyelamatkan” orang daripada pengaruh pelampau. Ini merupakan pertemuan yang pertama antara 34 NGO dengan Kedutaan China di sini.

Selepas ini, NGO-NGO Islam ini tidak teragak-agak untuk hadir sekali lagi di sini dengan jumlah yang lebih besar. Ini adalah permulaan dan kita akan pastikan bahawa hak isu ini terus diperjuangkan oleh seluruh rakyat Malaysia, umat Islam dan warga dunia sehingga keadilan diberikan kepada warga Uighur.



Global Peace Mission (GPM)


“Misi Kemanusiaan Merentas Sempadan”


#PeduliUighur #SaveUighur #MeTooUyghur #FreeUyghur

38 views
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now