Search

DEMI SECEBIS ROTI, KANAK-KANAK DI YAMAN TERPAKSA MENGEMIS.

Updated: Nov 18, 2019


Pernahkah anda terfikir? Di sebalik senyuman anak-anak Yaman di atas ada sebuah derita yang terpendam sejak 4 tahun lalu.


Dan, di sebalik derita itu tersingkap sebuah kisah yang ingin GPM sampaikan buat anda. Kisah ini dari hati para aktivis kami yang tidak pernah berputus asa dalam membantu saudara-saudara kita terutamanya di Yaman.



Lihat gambar-gambar di bawah:


Tiada taman permainan, tiada pendidikan dan mereka terpaksa mengemis demi secebis roti untuk alas perut.

Momen-momen di atas dirakam ketika Misi Yaman pada Mac 2019 yang lalu.


Mata kami tertangkap pada wajah kanak-kanak yang mendekati kenderaan kami mengintai disebalik tingkap kereta dan ada pula menghulur-hulur tangan ke arah kami. Kami TERKEDU seketika.


Masya-Allah... Rupa-rupanya, kanak-kanak di sini hingga terpaksa mengemis demi perut lapar mereka yang tidak tentu dapat terisi mahu pun tidak.


Di sana, ramai di antara rakyat Yaman yang terpaksa mengemis untuk meneruskan kehidupan disebabkan sukar mendapat peluang pekerjaan dan sumber pendapatan yang terhad.


Yang paling menyedihkan, kanak-kanak tidak terkecuali menjadi pengemis sejak mereka kehilangan keluarga dan tempat berlindung. Kini, bilangan pengemis kanak-kanak semakin melonjak.


Kanak-kanak akan berlegar di jalanan dan meminta daripada mereka yang berada dalam kenderaan.


Masih adakah sekelumit rasa belas kasihan melihat nasib anak-anak di Yaman? Sampai bila anda ingin pejam mata dan berdiam dengan kesengsaraan mereka?


Melalui Kempen Peduli Yaman, GPM kini membuka peluang kepada dermawan seperti anda yang berhajat untuk membantu meringankan beban kanak-kanak di Yaman.


Berikut adalah 3 pakej dan slot yang dibuka adalah TERHAD:


💊 Kit Perubatan

➡️ 1x RM50/Slot

Sasaran: 1, 333 Slot


📦 Kit Makanan

➡️ 1x RM30/ Slot

Sasaran: 2, 222 Slot


💧 15 Liter Air Minuman

➡️ 1x RM20/ Slot

Sasaran: 3, 333 Slot


***********************************************************************

2 Cara Efektif untuk berkongsi rezeki bersama saudara-saudara Yaman melalui Global Peace Mission:

***********************************************************************


1. Klik link di bawah, untuk sumbangan atas talian:

https://www.billplz.com/peduliyaman

https://www.billplz.com/peduliyaman

https://www.billplz.com/peduliyaman


ATAU,


2.Depositkan sumbangan anda ke akaun:

[GLOBAL PEACE MISSION]


MAYBANK ISLAMIC: 5642-2161-1602

BANK ISLAM: 1402-30100-29224

AFFIN ISLAMIC: 1051-9000-2871

CIMB ISLAMIC: 8603-5325-13


Bantu kami sebarkan artikel ini sama-sama ya!


SALAM BAHAGIA DARI KAMI,

Tim Hangat dengan Kasih Sayang

Untuk ‘MEREKA’. - Global Peace Mission


#GlobalPeaceMission

#peduliyaman

#saveyemen

#pray4yemen

0 views
This site was designed with the
.com
website builder. Create your website today.
Start Now