SIDANG MEDIA
PELANCARAN PROGRAM IBADAH QURBAN DI KEMBOJA TAHUN1430 HIJRAH / 2009 MASIHI
Anjuran :
CAMBODIAN MUSLIM INTELLECTUAL ALLIANCE (CMIA)
Dengan Kerjasama :
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA (JAKIM)
GLOBAL PEACE MISSION (GPM) MALAYSIA


Dari kiri : Mohd Asri Abdul (CEO GPM), Dato' Wan Mohamad Bin Dato' Sheikh Abd Aziz (Ketua Pengarah JAKIM) dan Ust Mohd Farid Hosen (Pengarah Eksekutif CMIA).
PELANCARAN PROGRAM IBADAH QURBAN DI KEMBOJA
Jakim, Putrajaya 14hb Okt 2009 - Sidang Media bagi mengumumkan Program Ibadah Qurban di Kemboja Tahun 1430 H telah disempurnakan oleh Dato' Wan Mohamad Bin Dato' Sheikh Abd Aziz, Ketua Pengarah JAKIM bersama dengan Hj Mohd Asri Abdul, Ketua Pegawai Eksekutif CEO GPM) dan Ust Mohd Farid Hosen, Pengarah Eksekutif CMIA.
Program anjuran CMIA dengan kerjasama JAKIM dan GPM ini, mensasarkan sebanyak 300 ekor lembu untuk di korbankan di Kemboja. Harga setiap bahagian ialah RM240.00. Tarikh akhir penyertaan ialah 25 November 2009.
Sila muat turun
a. Brosur dan Borang Penyertaan Program di sini.
b. Poster Program di sini.
c. Borang Penyertaan Program sahaja di sini.






